Home | Buletin 1 | Buletin 2 | Buletin 3 | Buletin 4 | Buletin 5 | Buletin 6 | Buletin 7 | Buletin 8
Buletin St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Selatan, Perak Darul Ridzuan

Laporan Buletin

Buletin St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Selatan, Perak Darul Ridzuan telah berjaya dikeluarkan mulai 1 Januari 2007. Setiap edisi Buletin ini akan dikeluarkan tiap-tiap 3 bulan.

 

Tarikh buletin yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut:

Buletin 1     - 1 Januari 2007

Buletin 2     - 1 April 2007

Buletin 3     - 1 Julai 2007

Buletin 4     - 1 Oktober 2007

Buletin 5     - 1 Januari 2008

Buletin 6     - 1 Mac 2008

Buletin 7     - 1 Julai 2008

Buletin 8     - 1 Oktober 2008

 

Aktiviti yang pernah dilaporkan adalah aktiviti yang dianjurkan oleh pihak St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Selatan, Perak khasnya, dan Peringkat Negeri serta Peringkat Kebangsaan secara amnya.

 

Tujuan pengeluaran buletin ini adalah khas ditujukan kepada para ibu bapa ahli-ahli divisi, agar mereka mengetahui apa yang telah dianjurkan oleh pihak kami. Ini juga sebagai bukti aktiviti St. John Ambulans Malaysia dapat membatu ahli-ahli belajar sesuatu yang manfaat dan berguna pada masa akan datang.

 

Pihak kami telah menghantar 700 hingga 800 naskah buletin bagi setiap edisi kepada ibu bapa ahli-ahli divisi melalui pos.

 

Bahagian Publisiti berasa gembira kerana mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan pengeluaran Buletin dari masa ke semasa. Bahagian Publisiti berharap akan mengeluarkan Buletin dengan lebih menarik lagi pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh,

Liew Weng Kong

Setiausaha Kehormat merangkap

Pegawai Turus Kawasan Publisiti

St. John Ambulans Malaysia

Kawasan Selatan, Perak Darul Ridzuan

** Sila hantarkan gambar dan laporan ringkas kepada saya untuk diletakkan pada Buletin-buletin yang akan datang.

logo_sjam.jpg

St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Selatan, Perak Webpage

liew_weng_kong.jpg

Pengarang Buletin
Liew Weng Kong, B.Sc (Hons), MHRD

Perkhidmatan Bagi Manusia