Buletin St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Selatan, Perak Darul
Ridzuan telah berjaya dikeluarkan mulai 1 Januari 2007. Setiap edisi Buletin ini akan dikeluarkan tiap-tiap 3 bulan.
Tarikh buletin yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut:
Buletin 1 - 1 Januari 2007
Buletin 2
- 1 April 2007
Buletin 3 -
1 Julai 2007
Buletin 4
- 1 Oktober 2007
Buletin 5 - 1 Januari 2008
Buletin 6 - 1 Mac 2008
Buletin 7 -
1 Julai 2008
Buletin 8 -
1 Oktober 2008
Aktiviti yang pernah dilaporkan adalah aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Selatan, Perak khasnya, dan Peringkat Negeri serta Peringkat Kebangsaan secara
amnya.
Tujuan pengeluaran buletin ini adalah khas ditujukan kepada para
ibu bapa ahli-ahli divisi, agar mereka mengetahui apa yang telah dianjurkan oleh pihak kami. Ini juga sebagai bukti aktiviti
St. John Ambulans Malaysia dapat membatu ahli-ahli belajar sesuatu yang manfaat dan berguna pada masa akan datang.
Pihak kami telah menghantar 700 hingga 800 naskah buletin bagi
setiap edisi kepada ibu bapa ahli-ahli divisi melalui pos.
Bahagian Publisiti berasa gembira kerana mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan
pengeluaran Buletin dari masa ke semasa. Bahagian Publisiti berharap akan mengeluarkan Buletin dengan lebih menarik lagi pada
masa akan datang.
Disediakan oleh,
Liew Weng Kong
Setiausaha Kehormat merangkap
Pegawai Turus Kawasan Publisiti
St. John Ambulans Malaysia
Kawasan Selatan, Perak Darul Ridzuan